Friday, October 10, 2008

sehari bersama botol kicap

Salam. Harini nih kami suma dinner kat umah 2-1. Cam besa lar, lepak-lapek dulu sementara tunggu ode sampai. Bila suma dah redi, akan ada sorang imam baca doa iaitu... eeerrr... aku dah lupa lar. Rasanya Kinah kot jadi imam. Tiba-tiba Wani (merangkap penghuluwati penyayang dan kak wani kesayangan jaa, angah,anip dan afiq serta suma dak kolej perubatan perak) buat statement. Dia tableh idop tanpa kicap. Kami yang len...

Kahkahkahkahkah.

Disebabkan beliau obses dengan kicap, beliau ada simpan stok kicap. Sebotol sahaja. Bukan satu kontena. Hostel kami kecik jer. Harap memahami. Nak dijadikan citernya, kat umah 2-1 tadak alat tuk bukak tudung botol kicap (aku tataw nama menda alah tuh. bantai jer nama apa pun) Aku ngan Siti nurhaliza Ida lupa yang menda alah tuh ada kat umah kami. Duk tersembunyi kat timbunan stok megi ngan nescafe sampai sem 6 nanti.

Dek dah nak sangat makan nasi dengan kicap dan tadak menda alah yang bertanggungjawab tuk bukak penutup botol kicap yang diiringi rasa simpati dan terharu tulus ikhlas daripada kami (apa kaitan rasa terharu ngan botol kicap?), kami suma pakat-pakat tolong bukak. Guna pi lar apa yang ada masa tuh. Pisau, gunting, garfu... Klo ada gergaji ker cangkul ker pun kami tibai gak guna. Peduli apa. Tu baru namanya survivor.

don't try dis at home, skool, ofis, factory or in front of your future mother's in law (kang tak pasal-pasal jatuh saham korang. nanges berirama zapin lak)

Kesudahannya, sila rujuk gambar di bawah.

p/s gambar telah diedit sedikit menjadi kategori U kerana gambar original mempunyai unsur 18 PL

Fakta : Di sebelah kiri pinggan Wani dan di kanan pulak mangkuk kuew teow tom yam aku. Licin babe. Tapi memang hakikatnya hari tuh aku sangat kebulur. Klo ikutkan nafsu kebulur tuh, polisterin pun rasa nak makan skali. Punya kebulur macam tak makan sejak sebelom merdeka lagi.

No comments: