Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya

Salam. Selamat Hari Raya Aidulfitri suma. Di sini izinkalah saya memohon ampun maap dari akar rambut hingga ke hujung kuku kaki atas segala kesilapan yang saya lakukan. isk isk isk. Ampunkan dinda, kanda. Ampunkan dinda (~ ces) haha. Lepas nih 0-0 k.

Hahh. Sapa-sapa yang tak pi amek baju raya lagi, pi amek lekaih. Dan... Hamap jangan tanya baju raya aku kaler apa dan brapa pasang. Aku tadak baju raya. Suma baju raya aku dah jadi baju pakai pi kelas. Ada sapa-sapa nak sponsor baju kat aku? haha. Pensponsoran anda amat dialukan.

Saturday, September 27, 2008

hadiah hari raya

Salam. Dah lama sungguh aku tak merapu merepek kat sini. Terlalu amat sangatlah lama. Baeklah. Cik Aiman dengan kembang kempis hidongnya telah mengetag aku. Klo kawan dier nak blanja makan eskrem, aku nak Cik Aiman blanja aku makan kat Mc D selama sebulan. Nak request tuk setahun cam zalim r plak. Camner Man, buleh tak tunaikan permintaan daripada insan terpilih yg kena eksport ke Ipoh nih? Hahaha. Soklan beliau adalah :
  • 3 names thats in your mind
  • 3 things that u are wearing rite now
  • 3 things you can't live without?
  • Are you currently in a relationship?
  • Do you believe on the statement "once a cheater always a cheater"
  • Do you believe on the statement "to forgive is to forget"
  • What's/Who is your current problem?
  • 5 things inside your BAG

Di bawah adalah jawapan bagi soklan soklan yg Cik Aiman, insan comel, berikan. Cam susah jer soklan tuh. Soklan prinsip fizik lagi senang aku rasa. hehe. Oops. Riak dan takabur plak :P

  • my NEW FRIEND. Sweet new friend yang bernama M**d I***r (nama terpaksa distarkan bagi menjaga nama baik beliau) hehe. Ada-ada jelar aku nih. Next, kengkawan skolah dulu. Haih. Rindunya kat hampa suma. Klo nak buh nama depa, memang dah lebih tiga.
  • I'm wearing baju kurung kedah and kain batik (?). haha. (fakta : suma itu dusta belaka! jangan caya). haha. Aku pakai apa pun nak taw. Ok. I'm wearing long trousers and black T-shirt. Dah. Cukup. Tu jer yang buleh aku bagitaw. Takkan yang private and confidential pun aku kena bagitaw gak. Melampau betol klo camtuh.

  • Hurm. Banyak menda buleh bagitaw nih. Dah dia mintak 3 menda, bagitaw 3 jelar. Kang bagitaw lebih, kata tak paham bahasa plak. Menda-menda bertuah yang aku tableh idup tanpa depa adalah OKSIGEN, DUIT dan CERMIN MATA.

  • In relationship? hehe. On da way. Slow slow kayuh. haha. Just kiddink. In relationship tuh banyak maknanya. Klo berkenaan dengan chenta cintun belum lagi lar, tataw lar kot-kot sok lusa ter"in relationship".

  • "once a cheater always a cheater"... Tak semestinya penipu tuh tableh taubat nasuha dan tak semestinya dier takkan mengulangi perbuatan dier tuh. Just be careful bila dah kena tipu. Haih. Serik dah bila kena tipu. Yelar. Dalam intisari rancangan kata citer Detective Conan start pukul 10.30 pagi. Bila bukak channel tuh, tadak pun. huhu. Aku tertipu.

  • "to forgive is to forget".. Cam senang jer kan sebut ayat nih. Ingat senang senang jer nak lupa bila dah maafkan. Sisa-sisa tuh tetap ader. Aku pun bukannya pandai sangat bab nak hurai menda menda cenggini. Tolong lar. Jangan tanya dah kat aku. Klo bab x-ray, memang bidang aku.

  • Haahh. Memang dier bagi masalah kat aku. Masalah planet klo bagi Ida merangkap Siti Nurhaliza kuasa dua. Per lagi klo bukan masalah mengantuk dalam kelas. Klo tak amek Nescafe sebelum pi kelas alamatnya aku lukis peta Kulim dalam kelas. dari zaman skolah sampai lar zaman universiti.

  • 5 jer? Dalam handbag aku ada 50 menda. haha. Handbag aku nih kembar poket Doremon dan sepupu koperasi skolah. Macam-macam ader. Menda wajib ader - henpon lar (nanti mak kol tak dapat plak), purse yg berisi dengan berlungguk lungguk tiket bas General dan bas ekspres Sri Maju serta RM 4.38 (bukan jumlah sebenar) , cermin mata, kad pengenalan dan kunci umah.

Haahh. Pueh ati dak lagi Man? Aku dah jawab tag hang. Jangan lupa belanja McD. Pasni sapa- sapa nak tag aku, dipersila dengan sukacitanya. Best r plak buat tag nih. hehe. :P

Friday, September 19, 2008

Selamat kepada Ekin


Salam. Saya ingin mengucapkan selamat hari lahir beliau yg ke 18 pada 10 September yg lalu. Semoga kamu sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh-Nya, murah rezeki dan dapat jodoh baek baek. Klo nak kuar pi tengok movie, jangan lupa ajak aku. Hehehe. :P

Monday, September 01, 2008

Selamat berposa suma

Salam suma. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan. hahh. Soklan femes bila bulan posa dah dekat, dah ganti posa belom? haih. Dah orang tanya, bagitaw jelar ek walopun dalam ati malehnya nak bagitaw. By da way, semoga kedatangan Ramadhan nih membawak sinar baru dalam kehidupan kita.

Taun nih first time aku posa kat hostel. Nak rasa gak bukak posa dengan kengkawan ngan senior. Nak taw gak cam mana bazar Ramadhan kat Perak. Cam best jer. InsyaAllah, klo tadak apa-apa halangan, taun nih buleh abes 30 juzuk. Harap-harap dapat. Amin.