Monday, August 11, 2008

tolong hamba..hamba saket..

Salam. Entry kali nih adalah untuk melepaskan gian seorang insan yang sedang sakit. Sangat sakit sampai kena berkerusi roda dan usung tangki oksigen ke mana-mana. huiks. Kronik tuh. Tika sakit sampai macam tuh skali? Tak lar. Acah jer. Saja nak bagi hiperbola melampau. Disebabkan sakit yang datang dalam versi pakej lengkap, fikiran pun terganggu, start lar nak merapu sampai kena baling penyapu T___T

2 minggu lepas, housemate aku, Siti Nurhaliza Ida demam. Malam Sabtu harituh dia ada bagitaw yang dia rasa tak sedap badan dan macam nak demam. Pagi Ahad, dia demam. Seyes punya demam wa cakap sama lu. Tak sanggup tengok dia tak dirawat. Aku tolong demahkan dan bagi ubat dengan harapan dia cepat sembuh (Ya Allah, concernnya cik tika sorang nih) Malam Isnin demam Ida makin teruk. Kak Ina mintak aku kol En Husaini, ayah angkat untuk semester aku untuk tolong bawak Ida pegi hospital. Dokte suspek denggi. Amek darah setong untuk confirmkan lagi sama ada betol Ida demam Denggi atau demam besa yang saja bikin havoc. Kalau demam tak kebah, kena pegi buat check up lagi. Selang beberapa hari kemudian, aku pulak demam. Macam kena sumpahan kelas aku nih. Hampir suma classmate aku demam. Dah tu, demam secara marathon plak.

Dah lama sangat aku tak demam secara teruk-terukkan. Tapi syukur kali nih aku demam tanpa rasa pening dan sakit kepala macam ada keta kebal dalam kepala. Hanya permainan suhu badan. Namun begitu, aku masih lagi gagah menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar (ces. ayat skema) Kalau pening dan sakit kepala datang secara berduet atau marathon, alamatnya, tersadai lar aku macam ikan paus terdampar kat pantai atas katil.

Aku demam. Bateri badan dah kong tapi masih lagi gagah tuk online. huiks. Biar betol. haha. Seyes. Fever yang sangat kuat. Kuat macam gajah. Penyek-penyek badan aku sampai jadi tempe. Flu pun selamat tiba kat idong aku dengan selamat. Selamat datang flu! Semoga berasa selasa dan gembira dengan percutian di idong aku! Dan, terima kasih kerana memilih idong saya sebagai destinasi percutian anda. TERIMA KASIH. Suara pun dah sengau. Dah seminggu lebih jugaklah sora aku pun bukan macam sora aku. Dekat 4 papan ubat selsema dokte bagi aku telan, flu tetap tak hilang.

Lepas puas jadi budak sengau, sora pun mula berpaling arah. Jadi rockers. Kali nih perubahan sora bukanlah disebabkan hormon estrogen tapi disebabkan sakit tekak dan terluka sebab batuk tak henti. Perit. Nak telan air pun seksa dan memerlukan pengorbanan yang memeritkan. Makan nasi pun rasa macam makan paku, minum kaca. Ubat batuk pun dah 2 botol telan tapi batuk tak reda lagi. aku rasa dos ubat batuk tu tak cukup kuat. Tak pun, virus tuh dah immune dengan ubat batuk. Dah dekat 2 minggu jugaklah aku memiliki sora rockers yang sangat tak seksi. Dah tak dak sora manja macam Fasha Sandha (uwek. uwek. muntah. muntah) tapi, apa kaitan Fasha Sandha dengan dengan sakit tekak? Dah lah sora nak sama macam bapuk. haih.

Makan pun dah kurang. Mulut pun dah rasa tawar. Suma yang aku telan rasa pahit. Untuk tidak menambahkan lagi kepahitan pada pengalaman pahit aku nih, aku makan sikit jer, hanya sekadar untuk mengalas perut agar tidak kebulur di malam hari. mata pun terasa panas. bila pejam, meleleh air mata penderitaan (ces. sungguh hiperbola) ditambah lagi dengan badan yang sakit macam kena penyek dengan roller buat jalan. Kesemua tulang pun sakit jugak. Macam nak gugur suma tulang temulang aku yang comel nih.

Terima kasih kepada ibu bapa yang mengambil berat terhadap saya yang sedang sakit di perantauan ini. Tak dilupakan kepada kawan-kawan yang mengambil berat. Begitu jugak kepada pengajar yang mngambil berat tentang kesihatan dan keadaan kami yang sakit. Dan. Encek assistant medical officer yang kini berada nun di sinun, Seremban kerana sudi menelefon saya untuk bertanya khabar. ehem. ehem.

huk huk huk. eerr. Nak balik bilik. Tak larat dah nak ngadap komputer. Mau tido.

No comments: