Sunday, June 29, 2008

sayonara me casa

Salam. Esok aku akan bertolak pegi. Selamat tinggal segalanya. Isk.. Isk.. Isk.. Syahdu betol. Hari nih biarlar aku mahu menghabiskan masa dengan menda menda dan khazanah yg ader kat umah. Pasnih aku dah tak duk umah. Klo hampa tengok barang yg aku bawak, cam pi sana tak balik dah. Macam macam aku bawak. Beg pakaian sudah semestinya XXL. Giler aahh. Klo kena duk kat tingkat atas, mampos aku nak usung beg tuh.

kan aku dah kata. bawak barang cam pi tamaw balik dah.

Selamat tinggal tv kusayang
selamat tinggal kekasih awal dan akhirku, komputer dan tenet
Selamat tinggal playlist yg berlungguk lungguk lagu dalam tuh
Selamat tinggal citer Jepong dan Korea
Selamat tinggal CSI
Selamat tinggal Astro yg membawa kegumbiraan kepadaku

Monday, June 23, 2008

Transformer

Salam. Tak lama lagi, aku dah nak further study. Sekejap jer masa berlalu. Aku pun dah semakin matang dalam pergaulan seharian, pemikiran dan tindakan, semakin rasional dalam membuat keputusan, dapat menilai sesuatu itu baek atau sebaliknya.

dah besa aku rupanya sekarang nih.. huhuhu

Friday, June 20, 2008

Mari berkebun

Salam. Aku memang tengah blur sekarang nih. Tataw aper yg aku nak merepek dalam karangan tuk dibaca oleh pihak MARA dan RCMP. Nih suma gara gara nak apply pinjaman MARA dan memenuhi tuntutan RCMP tuk minggu induksi. Adess. Aku pi cakap ngan ikan kelisa abah, mintak dier bagi idea sket. Dier gerak gerakan ekor jer. Then kaco ikan puyu yg dibeli taun lepas gara gara kes tergempar pasal keganasan yg berlaku kat Taman Kenari. ORANG MINYAK MENGGANAS! Kat taman aku tadak pulak dengar citer citer cenggitu. Sebab tuh lar aku suka duk kat sini walopun banjir tiap tiap taun. Huiks. Nih dah lari tajuk nih.

Dah tadak menda nak buat dan idea tuk dicari, aku snap gambar pokok pokok yg hidup subur kat tanah sekangkang kera kat depan umah (aku rasa 3 kangkang kera lar. tak pa. nanti ader kera or kongkang yg tersesat kat depan umah aku yg dah ala ala mini taman negara nih, aku mintak tolong dier kangkang. baru buleh dapat ukuran sebenor). Pokok pokok tersebut ditanam oleh mak dan abah. Aku? Aku juga turut memberi sumbangan dengan memberi galakan dan sokongan kepada mak dan abah yg bercucuk tanam. Hehehe. Kurang bunga cengkih punya anak. Aku bab gardening nih payah lemah sket memandangkan aku ialah puteri lilin (adek aku yg bagi title nih.) Aku bukannya aper, aku dah serik sunburn masa zaman skolah dulu. Memang ketara sunburn aku especially kat muka. Dah macam phantom of the opera aku tengok.

Klo orang mai umah depa musti tanya nih pokok aper. Haahh. Klo hampa nak taw, nih lar pokok anggur versi Kulim mali oooo. Pastu akan ader r aksi muka terkejut seraya sambil berkata, "Huuihh. Buleh plak pokok nih idup ek. Dah berbuah belom?" Gitu lak ayatnya.


ni lar buah anggur yg tak masak lagi bagi sapa sapa yg tak penah tengok

Ekceli, dulu dah berbuah tapi sket. Dan rasanya sangat masam. Alhamdullilah. Sekarang nih buah anggur tuh dah banyak. Tak lama lagi masak lar. Dan aku akan kempunan nak makan sebab aku pun dah jadi warganegeri Perak masa tuh. Isk..isk..isk..

Parents aku memang suka gardening termasuk adek aku yg bercita cita nak jadi petani berjaya. Tapi anak dara depa sorang nih maleh bebenor nak join acara mengcangkul dan bercucuk tanam. Alasan glemer yg diberikan, nak tengok citer Bella. Tak pun, nak dating ngan kekasih awal dan akhir. Haiihh.

Mak aku suka betol tanam pokok cili. Aku tataw sebab aper. Berlungguk lungguk anak pokok cili kat depan umah. Last last pokok tuh mati sebab tak tahan cuaca panas. Tapi kali nih suma pokok pokok tuh membesar dengan sihat. Cara nak tanam pokok cili pun kena betol. Haahh. Nih aku nak bagitaw cara menanam pokok cili dengan cara berhemah. Mudah diikuti cara ini malah Angelina Jolie jugak mampu membuatnya.

First, semai biji cili dalam satu bekas yg telah diisi dengan tanah dan baja yg secukupnya. Pastikan medium tanah dan baja adalah nisbah 2:1 dan mengandungi segala nutrient yg diperlukan oleh oleh biji cili tuk bercambah.

Bila anak pokok mula bercambah dan besar sket, tempatkan mereka di tempat yg berasingan agar tidak berlaku persaingan.

Tempatkan di tempat yg agak teduh bagi mengelakkan daripada anak anak pokok tersebut dehydration.


Jagalah pokok pokok tersebut dengan penuh kasih sayang. Baru nanti pokok cili tuh berbuah.


Kat atas nih pokok limau kasturi. Pokok limau nih baru jer abah tarah. Motif operandi tersebut tak dapat dikenalpasti.

nih limau purut. Kang ader plak ingat nih limat nipis.

ni lar limau kasturi (bagi mereka yg tidak mengetahuinya)


Family aku jugak mempunyai rasa patriotik dan sayangkan negara. Aku pun sayangkan negaraku, Malaysia dan pewira pewira yg segak bergaya gagah perkasa. Salah satu cara tuk menzahirkan patriotik itu bukan setakat pi mengundi tetapi dengan menanam pokok bunga raya. Bunga raya kan bunga kebangsaan.


bunga raya sangat cantik bila kembang waktu pagi

Pokok bunga raya banyak kegunaanya. Yg femes dan glemer ialah tuk meredakan demam panas. Slen itu, buleh gak digunakan tuk melebatkan rambut dan dibuat ubat gigi. Ubat gigi Raya.


Nih pokok cak sing sam (ntah betol ker tak aku eja. Aku men blasah jer). Pokok nih dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko serangan barah. Caranya dengan memakan daun pokok nih setiap pagi. Tapi aku tak penah makan. Rasa penah r. Aku pun dah lupa rasa daun tuh camna coz aku rasa daun tu beberapa taun dahulu.

Kat bawah nih adalah jenis jenis pokok yg ader ditanam kat taman mini negara umah aku. Hampa pun kenai dah pokok pokok nih. Klo tak kenai pun, buat buat kenai lar.


sampai la nih aku tataw nama pokok nih. Mak dan abah pun dah lupa nama pokok nih.






klo tak silap, nama pokok nih pokok janggut nabi tapi aku panggil pokok langsuir yg dah pencen


pokok duit duit. Disyaki tarzan guna daun pokok nih tuh beli cekelat choki choki kat hutan


pokok nih pun aku tataw nama aper. Mak dan abah pun dah lupa nama pokok nih.


ikan kelisa yg suka buat blur bila aku cakap ngan dier


Monday, June 16, 2008

I'm 18

Salam. Yes. Yes. I've turned 18 today! Weehoo. I guess being 18 (and a day) isnt that much different than being 17. Yup.


Sebenornya aku tak heran sangat nak celebrate besday. Rasa cam tadak aper aper pun. Sumanya seperti besa. Camtu gak lar besday orang len. Tenkiu kepada yg wish besday kat friendster, myspace, myrakan dan sms. Umo aku pun dah bertambah setaun. Tapi still muda daripada akak senior dan abang senior aku yg dah berjanggut tuh (depa baca nih mampuih aku kena luku kepala). doakan tuk aku berjaya dalam suma menda yg aku buat. :)

Sunday, June 15, 2008

Selamat kepada Abah

Salam. Selamat hari bapa saya ucapkan kepada abah saya yg tercinta, Ramlee bin Shariff. Semoga abah sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya. Dan abah juga perlu tahu yg Ikah sentiasa sayang abah. Mucho.

Sunday, June 08, 2008

Azam bulan Jun

Salam. Yup. Aku sudah berazam. Dengan yakin dan tanpa ader ragu ragu. Aper orang nak kata aku dah tak peduli. Asalkan azam aku berjaya.

Aku mahu tonton KESEMUA perlawanan bola sepak EURO 2008. Ahakz. Sekarang nih suma demam EURO. Aku pun nak demam gak. Mana aci asyik depa jer demam bola.

- German..!!! Chaiyok!Chaiyok! -