Sunday, May 04, 2008

riak dan takabur

Salam. Semalam Yah anta mesej. Ajak pi tengok pertandingan koir peringkat daerah kat SMK Tunku Panglima Besar. Huiks? Dekat giler. Naik gerek pun buleh. Ingatkan buat kat Selama lagi taun nih. hehe. Pagi tuh, Yah, aku, Ekin ngan Ain pi lar tengok budak-budak koir nih. Yelar. Kami kan senior penyayang lagi budiman. hak hak hak. Kali nih dua sekolah jer yang bertanding. Skolah kesayangan aku, SMK Sultan Badlishah dan SMK Tunku Panglima Besar. SMK Serdang tak join coz depa tarik diri saat akhir. Punca penarikan tersebut tak dapat dikenalpasti. Apa-apa pun, memang dah taw. Sapa yang akan menang. hehe. Riak sket. Skolah aku lar. Muahahahaha. Riak lagi. Cuma peringkat negeri jer ada masalah sket. SM(J)K Sin Min. Musuh tradisi.

Taun nih kumpulan koir ok lar. Tapi tak leh lawan senior depa. haha. Suara tak jelas. Suara dak laki mantap. Manly voice beb. Cair maskara aku kena air mata sebab nanges dengar sora depa yang best tuh. Lagu koir taun nih :

  1. Kuek Mambo
  2. Getaran Jiwa
  3. eerrr... aku dah lupa. tapi best r lagu nih.

Taun nih rama dak form 3 masuk. So suara depa masih lagi cam budak budak, especially suara dak perempuan. Dak Form 4 dan form 5 ada brapa kerat jer. Yang len Miss Gooi tahan, tableh masuk coz prestasi dalam akedemik tak best. Tu lar hampa, jangan durhaka kata senior. Kan kami suruh hampa suma pi blajaq. Bukan pi berpoya-poya kat 7E depan skolah. Dah kena tahan masuk koir. haaiih. Sementara tunggu result, ada persembahan puisi dan lagu. Budak-budak SMK Labu Besar (huuhh). Time depa baca puisi tak best. Kat part depa nyanyi tuh best. Fuuuh. Suara mamat tuh macam suara Mus kumpulan May. Klo tenung dia lama-lama dari jauh, dari pandangan mata rabun aku, cam Paok lar plak (hang suka tak aku puji?).

- Pertandingan Koir Peringkat Negeri diadakan di SMK Keladi, Kulim pada 11 Mei 2008. Jom pakat-pakat pi tengok -

1 comment:

aimanjafre said...

tikaaa!!! awat tak ajak aku pi tengok koir..windu masa dolu dolu.. arap arap taun nih menang peringkat nogori!!