Sunday, March 30, 2008

gegar

Salam. Setelah sekian lama bermuram durja lantaran niat suci tuk keluar bersama tidak menjadi, maka, tanggal 30 Mac 2008 pada pukul 10.30 pagi waktu Malaysia, kami telah pergi menggegarkan Pulau Pinang. Lokasi berlakunya gegaran adalah di Megamall Seberang Prai. hehe. Dengan menaiki limosin bas 506, kami pun menuju ke destinasi yang hendak dituju. psiiiuuuu. Kali nih suma pi except Ain di mana beliau ada hal yang tak dapat dielakkan. Tak pa. Akanku kenang dikau dalam lipatan memoriku. hehe. Apalah ertinya klo pi Megamall tak tengok movie. Movie yang berjaya menggoda kami adalah The Shutter (tingkap) Hollywood mali.

Lepas penat tutup muka ngan saspen padahal antu sekor pun tak seram serta diiringi seribu penyesalan, kami pi teman Farhana pi beli barang. Setelah puas tawaf kedai berkenaan (dah buleh dapat title hajah nih) serta bertanya pendapat pakar fesyen (fakta : aku bukan salah sorang insan tersebut. harap maklum), maka beliau pun dapat apa yang dihajati. Dan juga. Apalah ertinya klo pi shopping mall klo tak pi cuci mata. Tengok. Baju dan kasut. Bukan tengok anak teruna k. Harap maklum.

Balik tu kami pun tunggu lar kat tempat besa dok tunggu bas. Mak oi. Jauh gak nak berjalan. Tak pa. Bakar kalori terkumpul lepas makan Kentaki. Tunggu punya tunggu bas yang kami nak naik tak sampai lagi. Suma dah pakat-pakat boring secara berjemaah. Tengok jam. Owh. Tahniah. Dah 45 minit 38 saat kami jadi penunggu kat bus stop tuh. Frust sungguh. Tapi tak pa. Walopun hari tuh kami cuma pi tengok movie yang antu cam pakai tepung beras, makan Kentaki, cuci mata dan tunggu bas, ni lah satu-satunya kesempatan tuk kami spent time together. Pasnih suma dah kena eksport kat mana ntah tuk sambung blaja. Klo slalu kuar pun aku, Yah ngan Ekin jer. Kulim's Angel nilah yang slalu mengimarahkan panggung wayang tiap kali ada movie baru kuar.


- bila dah ada lesen sok, tak yah dah nek bas -

No comments: