Sunday, February 17, 2008

pweeeiit kak long... nak kenal leh? :P


awek2 cun kat Sunway Carnival Mall..hehehe.. :)

Salam. Akhirnya aku berjaya mempunyai blog sendiri walopun aku pun blur blur aper fungsi blog nih sebenornyer. Cam online diari kot. Tak pun tempat share resepi kuih raya, rendang tok dan kuih seri muka. Hurm. Baeklah encek encek dan saudari saudari yang budiman di mana sudi membuang masa anda dengan membaca post pertama saya, izinkanlah saya memperkenalkan diri saya nih. Sebelom terlupa, meh nak perkenalkan awek awek cun kat dalam gambar di atas. Dari kanan Yah, Ain, Fiza dan Tika (I/saya/gua/watashi)

Nama saya Angelina Jolie Nur Atiqah bt Ramlee. Sungguh. Cheq tak muhong nih. Saya nih sangatlah muda klo nak dibandingkan dengan senior senior saya terdahulu di mana mereka telah pun cukup umur tuk pegi mengundi. Jangan riak k anda telah buleh mengundi. Berkaca mata, penah bertugas sebagai jaga kat parkir kenderaan di waktu pagi kat sekolah beliau di kala zaman mudanya (time tuh jadi pengawas) dan mempunyai ketinggian yg buleh dibanggakan. hehehe.

Aku datang daripada sebuah keluarga yg happy dan sederhana yg kini menetap di Kulim, Kedah (bandar paling best walopun cuma ader pasaraya The Store jer). Aku jugak memainkan peranan penting dalam keluarga aku dengan menjawat jawatan sepenuh masa sebagai kakak kepada seorang adek lelaki yg sangat nakal, degil kuasa dua dan memang nak kena pelempang di mana namanya, Naim A'imullah tak boleh disiarkan untuk tatapan umum. Dier sekarang berusia 12 tahun dan merupakan salah seorang kanak kanak terpilih tuk amek UPSR bulan September nanti. Hurm. Aku pun dah tataw nak bagitaw aper dah tuk permulaan. Aper aper pun, selamat berkenalan suma..

No comments: